BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat menyambut ramadhan kepada umat islam di setiap pelusuk dunia.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya kerana ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, inshaAllah. Hari ni genaplah 14 hari umat islam berpuasa. Bagaimana puasa kalian? Penuh kah? Setiap kali Bulan Ramadhan menjelma pasti pelbagai juadah yang akan kita temui.  Hmmm.. tahun ni aku kurangkan beli makanan di bazaar. Berjimat la katakan.. Aku lebih banyak masak sendiri. Kuih muih pulak setiap kali hujung minggu aku pasti akan buat kuih frozen. Lebih mudah untuk disediakan bila tiba hari bekerja.. Ok la, dah tiba masa untuk bersahur. InsyaAllah.. akan ada cerita2 yang lebih menarik selepas ini.. Daa~~


Monday, June 27, 2011

Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi

~monolog suatu malam~

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®

Hujan Di Pagi Hari

Assalamualaikum,

Pagi tadi hujan lebat sewaktu aku ke tempat kerja. Disebabkan waktu aku keluar rumah hujan tak turun dan aku fikir hujan baru sahaja berhenti aku terlintas lansung untuk pakai baju hujan. Sampai sahaja di area Bandar Sri Damansara, hujan mencurah-curah turun. Bila aku dah sampai kat traffic light untuk menuju ke LDP aku terus mencapai baju hujan. Tak sempat aku nak zip lampu isyarat dah warna hijau. Lintang pukang aku. Disebabkan waktu tu aku jadi kelam kabut, seluruh badan aku menggigil secara tiba-tiba hingga membuatkan tumpuan aku hilang. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Semakin hampir dengan Tol Penchala Link  hujan semakin lebat. Seluar aku jangan cerita la, Dah basah kuyup. Nak tak nak aku terpaksa berhenti bawah jambatan untuk pakai baju hujan secara "properly". Tiba di Area Bandar Utama hujan lebat hingga tak nampak jalan. Alhamdulillah selamat juga aku sampai ke pejabat. Hari ni mood aku betol-betol hilang dengan seluar yang lenjun. Sejuk tak tau nak cakap di tambah pulak duduk di bawah air-cond. Dah tak tahan sangat aku terpaksa tukar seluar aku dan pakai kain batik. Itu je yang aku ada. eheheh. Nasib Muis tak datang hari ni. Kalo tak, buntang mata dia disebabkan keseksian aku. wakakaka...

Yang paling tak boleh bla, bila perut aku dah mula memulas nak tak nak terpaksa la sarung kan balik seluar Jeans aku. Habis je buang hajat, tengok kiri kanan, tak ada orang aku apa lagi... bermula la aktiviti mengeringkan seluar di bawah "hand dryer". terkangkang-kangkang aku dibuatnya. "Speechless!" wahahahah

Saturday, June 18, 2011

Bila Drawing Plan Bertukar Lagi...

Assalamualaikum

Time-time cenggini aku terasa nak mengomel yang lebih kepada mengadu. Hmm, hari ni satu hari aku hanya buat 1 sahaja drawing. Sebab nak kena emailkan petang tadi juga. Bila dah siap rasa lega sangat. Itu pun masa balik masih rasa tak sedap hati dan asyik terfikir drawing. Disebabkan hari ni aku pergi HOM, jadi kelam kabut sedikit sebabnya aku sampai rumah pun dah pukul 7 lebih. Bila dah balik dari HOM, sampai umah pun dah lewat. Mula-mula tadi ingat kan nak tidur, tapi tak boleh lelap, aku pun saja-saja la buka email "office". Tengok2 "Drawing" plan kerja aku petang tadi berubah lagi..... Sedihnya.. kena ubah lagi. Elevation pun kena ubah juga..Dah tak tau nak cakap apa dah.




Thursday, June 16, 2011

Tak Ada Perasaan Ke Dia Ni???

Assalamualaikum..

Macam pelik je topik aku kali ni. Korang pernah ke ditujukan persoalan seperti diatas? Aku sering kali dikatakan tak punyai perasaan disebabkan aku jarang menunjukkan reaksi marah, sedih atau malu sekalipun. Ahahaha.. Pelik ke orang macam aku? Aku tak suka orang nampak aku sedih. Cukup la orang hanya tau aku gembira dan senyum sepanjang masa. Aku tak suka marah-marah. Sebab aku rasa sangat penat bila marah. Tapi sebenarnya masa aku di zaman sekolah aku mudah marah dan pamerkan kemarahan aku. Bila aku marah tangan aku cepat naik. Jika perempuan lain selalu beri penampar tapi aku terus bagi penumbuk dan aku mudah capai barang untuk baling orang tu jika jauh. Bila lama-lama aku terfikir bangga ke aku jika orang lihat aku marah or sakitkan hati orang lain? Sejak daripada tu aku berubah sedikit demi sedikit. Lama juga la aku amik masa. Tapi bila aku berubah tak tunjukkan kemarahan aku pada orang, aku lihat orang lain makin "respect" aku dan yang paling penting lelaki tak berani nak kacau aku sebab diorang kata aku nampak garang walaupun aku dah tak pernah marah-marah. Ahahaha best kan?

Someone pernah ajar aku, jika aku nak menjadi seorang yang berjaya belajarlah setiap kelebihan yang ada pada musuh aku. Dan aku makin boleh kawal emosi aku pun disebabkan oleh orang yang aku tak suka. Jika korang nak tau semakin korang tunjukkan kemarahan korang bila berdepan dengan orang-orang yang memang suka menyakitkan hati orang, diorang lagi bertambah gembira bila korang rasa marah or tunjukkan kemarahan tu. Dan orang yang macam ni tak pernah puas dan takkan berhenti untuk sakitkan hati korang. Jadi bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni korang hanya perlu diam or senyum balik je. Disebabkan itu aku teramat sangat berterima kasih pada orang yang boleh membuatkan aku sampai tahap begini. Bukan senang tau nak kawal emosi. Hehe..

Korang pernah dengar or terbaca dari mana2 buku motivasi tak tentang "jika anda terjatuh yang menyebabkan anda terasa malu, gelak la pada diri sendiri dahulu supaya anda tidak terlalu memikirkannya"
Aku pernah terbaca artikel ni dalam majalah Remaja masa aku sekolah dulu. Start dari situ aku mula belajar menjadi seorang yang positif. Bila aku jatuh aku dah jarang nak fikirkan sangat. Bila korang berdepan dengan situasi yang memalukan korang kena ingat 1 je, semua orang PERNAH alami dan tak ada seorang pun terkecuali dan untuk menghilangkan rasa malu tu gelak la pada diri sendiri dulu sebelum orang lain gelakkan korang. Disebabkan itu jugala jika korang terlihat orang lain terjatuh ke dan yang sekutu dengannya, jangan la ketawakan orang sebab korang juga akan alaminya selepas itu.

Berita Gembira


Hari ni dapat berita gembira dari bos tentang kenaikan gaji aku dan bonus. Alhamdulillah rezeki murah tahun ni. Ingat lagi zaman belajar di Universiti, aku bukan la dikategori sebagai pelajar yang pandai. Pointer pun rendah je sampai ada yang mengatakan jika pointer aku rendah macam ni, orang susah nak amik aku untuk bekerja. Masa tu hanya mampu senyum kelat je la. Masa zaman belajar dugaannya punya la bermacam2. Berapa kali aku repeat untuk subject design. Dengan tak tidur nya, dengan pressure nya jangan cakap la. Dengan masalah cinta lagi. kuikuikui.. Tapi pape pun pelajaran aku merundum bukan la sebab cinta tapi sebab diri aku sendiri. Agak payah kot "course" ni. Sebab tu aku nak sambung Degree pk 10 kali.. ahahahha.. Tak rugi aku bersabar dan tak pernah "give up" untuk belajar sampai ke akhir walaupun terpaksa amik masa hingga 4 tahun. Orang lain 3 tahun aku je sampai 4 tahun sebab tu dapat advance sikit.
hehe..




*Bersabarlah dengan setiap dugaan yang Allah beri. Kerana setiap kesabaran itu akan ada ganjarannya. Dan itulah janji Allah pada hamba-hambanya yang bersabar*

Saturday, June 04, 2011

Makanan Dan Kesihatan

Bismillah...

Okie pepagi ni tetiba terdetik la pulak  nak share tentang kesihatan. 2 bulan lepas aku ada pergi seminar tentang kesihatan.. Mesti korang cakap "uishh bagusnya budak ni" . Sejak dari tu tu, aku baru tersedar kesihatan sangat-sangat penting dalam kehidupan kita.. Kalo korang semua nak tau, disebabkan pemakanan berlebihan yang korang amikla puncanya segala penyakit. Ada segelintir yang berfikiran negatif akan cakap "kenapa nak kawal makan? hidup ni bukannya lama. selagi boleh makan sedap-sedap, kita perlu makan. kalo dah sakit semuanya dah tak boleh nak makan". Orang yang berfikiran begitu la yang akan sakit n mati disebabkan pemakanan.

Makanan sama seperti api. Pada mulanya akan jadi sahabat kita tapi akhirnya akan memakan diri kita jika kita tak mengawalnya. Korang bayangkan jika korang tak jaga pemakanan dari sekarang, macam mana keadaan korang 5 atau 10 tahun akan datang? Sihat lagi ke korang? Masih boleh berjalan, bergembira, atau makan-makanan yang enak?? Tanya diri korang sendiri. Itu la yang aku fikirkan.

Jika dulu aku selalu cakap dengan "Dia" setiap kali dia bagitau aku kawan-kawan dia cakap dia gemuk. Dan aku pasti akan bagitau aku tak pernah kisah siapa diri dia. Kalo dia gemuk sekalipun, biarla, sebab aku yang akan kahwin dengan dia bukan kawan-kawan dia. Bila sekarang baru aku tersedar yang aku dah buat kesilapan yang besar. Memang sangat-sangat tak normal jika dia berbadan besar. Dan aku seolah membiarkan dia punyai pelbagai lagi penyakit. Korang tau tak, kenapa tak normal jika seseorang itu berbadan besar? Sebab orang yang berbadan besar punyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis, kolestrol yang tinggi, strok dan pelbagai penyakit lagi yang kronik.

Jika awal-awal dulu, bila aku tegur "Dia" tentang penjagaan pemakanan "Dia" jadi marah dan kitorang pasti akan bertengkar kerana hal itu. "Dia" fikir aku tak boleh terima siapa diri "Dia" dan fikir jika aku berkahwin dengan "Dia" segala-galanya aku tak benarkan "Dia" makan. Sehinggakan aku fikir jika hubungan kami berakhir disebabkan teguran aku, aku terima. Aku fikir jika aku "give up" sekarang aku pasti akan menyesal jika suatu masa nanti dia sakit. Bagi aku cukup apa yang aku lalui bila melihat mak aku jatuh sakit dan aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan hanya melihat. Akhirnya die berfikiran positif dan terima nasihat aku.

Jika korang sayangkan insan-insan yang berada di sisi korang, jagala pemakanan diorang dari awal. Korang mampu ubah segala-galanya. Ini bukanla bermakna korang tak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Korang juz perlu kawal sahaja, dengan minum air masak banyak, kurangkan makan malam dan kurangkan makan-makanan yang tak elok untuk tubuh. Hobi aku adalah memasak. Mustahil la kan bila aku kata aku berusaha jaga pemakanan orang-orang yang aku sayang, aku makan pun "just vegetarian". Aku tetap masak cuma aku limit kan. mungkin sebulan 2 kali sebegitu la.

Sunday, May 22, 2011

Memori Semalam

Assalamualaikum..

Korang semua pasti ada kenangan korang sendiri yang korang suka ingat kan? Kenangan yang paling-paling aku suka ingat semua masa zaman persekolahan. Tak pernah rasa jemu untuk ingat dan yang paling pasti bila terkenang pasti akan tersengih sorang-sorang. Hinggakan kadang-kadang terasa hendak berpatah balik ke masa tu. Masa zaman persekolahan juga la aku mengenali "dia". Dia lah sahabat, dia lah kawan yang paling rapat dan dia lah dot..dot..dot.. ahahhaha.. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku banyak mendiamkan diri. Bila naik tingkatan 4 baru tonjolkan diri aku sebenar. ehehe..
Hobby aku dari dulu lagi, aku paling suka simpan hadiah atau apa sahaja yang kawan2 bagi. Hargai sangat sebab bukan senang nak dapat hadiah, kad dari kawan-kawan. Oh tak lupa juga, "dia" pun suka bagi barang kat aku sampai sekarang. Cuma bezanya dulu bagi kad, gelang, dan lain-lain. Senang cakap barang yang seorang pelajar mampu bagi la. ekeke.. Sekarang dia bagi barang yang lebih "advanced". Contoh, komputer.

Novel Sukma Rindu adalah "fav" novel "dia" . Kaset Dinamik tu, kaset original dia bagi kat aku. hehe.. Sanggup dia cari semata-mata nak dengar lagu "fav" aku. Masa tu memang aku paling-paling suka lagu "Antara Gadis" dari kumpulan Dinamik. Gelang dan Rantai tu dia bagi masa dia pergi Egypt. Buah Rantai tu dh sumbing, sedih giler masa buah rantai tu jatuh. Yang warna biru mcm buku n ada pensel tu die dapat masa die pergi aktiviti pengawas. Sanggup dia amik lebih semata2 nk bagi aku. Dia kata la. ahahaha.. Aku pun tak tau sama ada yang ni dia punya kemudian dia bagi kat aku atau dia memang amik lebih kemudian bg aku. Ahahhah.. Cinta punya pasal.. Banyak-banyak hadiah, dia tak pernah bagi aku anak patung. Dulu masa dia hadiahkan anak patung kat orang lain aku tanya la juga. "Kenapa die tak pernah bagi anak patung kat aku? Dia hanya jawab sebab dia tak suka anak patung, jadi kenapa dia perlu beri pada aku barang yang dia tak suka. Dia bagi anak patung kat kawan-kawan sebab kawan-kawan yang minta anak patung." Hurm.. lagu tu la kisahnya. Tapi aku tak pernah heran sangat sebab aku memang tak berapa nk suka simpan anak patung, sebab pernah kena marah dengan mak aku. Mak aku cakap nanti malaikat takut nak masuk rumah. Sebab tu la tak pernah ada bila dah besar. K sekarang tunjuk gambar pemberian sekarang plak. Sebenar byk lagi tapi malas nk amik gambar.. hahahah

Ni la komputer kesayangan aku. Aku belajar banyak tentang komputer pun dari "dia" juga. Dari aku buta IT sampai la aku tau software apa yang penting untuk sebuah komputer, macam mana nak elakkan dari terkena virus dan macam-macam la. Sekarang aku juga tau bagaimana hendak format pc, dari aku tak tau kompenan komputer terus jadi tau. Semua jasa baik "dia". Dan "dia" jg la cikgu aku dalam banyak benda. "Cikgu maafkan anak murid yer, sebab terlalu banyak sangat melawan cakap cikgu". heeee
Tak lupa juga barang-barang pemberian kengkawan.. tadaaaaa~~~
Comel-comel kan pemberian kengkawan. Ni semua kawan-kawan zaman sekolah yang bagi. Dan kawan-kawan masa skola yang aku rapat sampai sekarang. Bila aku tunjuk benda gambar-gambar ni semua nya terharu. ekekek.. Saja je aku tunjuk, sebenar nak minta lagi untuk tahun ni. aahahah.. Diorang ni semua masa ni sume tunjuk bakat masing-masing. Sangat kreatif ok!

Okei.. sekian dahulu untuk kali ini. Lain kali kita cerita perkara lain plak ok? 
Daaaa~~~


Tuesday, May 17, 2011

Bulan Mei

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog.. ehehe, kalo rumah yang dah lama di tinggalkan pasti dah bersawang. Tikus pun dah beranak pinak agaknya. Sebut pasal tikus, eeewwww menggelikan. Aku paling benci binatang yang bernama tikus. Okay, berbalik pada tajuk di atas tentang bulan Mei. Bulan ni adalah bulan kelahiran "dia".
Dua hari ni aku asyik fikir nak buat apa sempena hari lahir "dia". Puas fikir akhirnya  dapat juga idea.. Disebabkan bulan ni terlalu banyak perlu pakai duit, jadi aku rancang untuk masak sahaja. Masak apa? itu drahsiakan.. hehe.. Mestila yang "special"... Nantikan post aku yang akan datang ok..
Kelmarin masa pergi ke serdang masa dalam kereta kakak aku buka radio Hot Fm. Tengah asyik dengar lagu yang dikumandangkan tiba-tiba keluar satu lagu yang menarik minat aku. "Best". Lama aku diam hanya semata-mata nk menghayati lagu tu. ahahha.. Pelik-pelik je perangai aku ni kan. Risik punya risik rupanya lagu tema Nur Kasih-Tanpamu. Disebabkan aku suka lirik dia dan muzik dia, aku tujukan lagu ni khas buat "dia" Aku sertakan lirik lagu dan video dia sekali, okeh.

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu ku ada disini
Tetap bersama ku selalu disampingku
Untuk selamanya
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu
Cintaku padamu











Makaroni Goreng

Mownink semua...

Pagi-pagi lagi aku dah bersemangat hendak post resepi aku yang aku baru je masak hari Sabtu lepas. Memang dah lama sangat aku nak masak, tapi disebabkan ongkosnya tidak mencukupi terpaksa la aku pendam keinginan untuk memasak. HAha.. Tak sangka sedang aku "excited" bercerita dengan kakak aku, die offer nak bagi aku duit beli barang-barang masakan. Hehe.. Betol-betol kakak yang memahami. Al-maklumla adik dia ni tengah sengkek. Resepi Makaroni Goreng ni, aku "adjust" sendiri. Disebabkan aku tak berapa suka memasak masakkan barat menggunakan kari jadi aku gantikan kari dengan "tomato puree". Dan yang paling tak sangka mak aku pun suka makan makaroni goreng yang aku buat. Buat pengetahuan semua, mak aku tak suka makaroni. Tak pernah suka, dari aku kecik hingga la hari sabtu yang aku masak hari tu. Bila orang bagi makaroni pun, aku yang makan sorang.
Okie ini resepinya,
















Bahan-bahan:
  • 250gm Makaroni
  • 1 Bungkus Daging Cincang (Biasa aku guna "Ramly")
  • 1 Tin Puree Tomato,
  • 1 Tin Cendawan Butang (Dihiris nipis-nipis)
  • 1 Biji Capsicum @ Lada Benggala (Dipotong dadu)
  • 1 Biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
  • 2 Biji Bawang Putih (Dipotong dadu)
  • Cili Boh / Cili Kiring yang telah dikisar (Suka hati nak banyak mana, ikut pedas. Biasa saya guna 3 sudu besar)
  • 1 sb Lada Hitam (lebih pun tak pe)
  • Garam
  • Sedikit Butter atau Minyak untuk merebus makaroni
*Untuk hiasan : Daun Sup, Daun Bawang, Cili Besar


Cara Memasak :

  • Rebus Makaroni didalam periuk bersama sedikit minyak supaya tidak melekat. 
  • Didalam periuk lain, tumis bawang dan cili yang telah dikisar sehingga garing.
  • Masukkan daging cincang, tutup dengan tudung periuk sehingga daging empuk dan air daging berkurang.
  • Masukkan Tomato Puree ke dalam periuk daging, dan kacau rata. Letak garam dan lada hitam.
  • Dah agak-agak tomato puree semakin kering masukkan pula makaroni yang telah direbus
  • Goreng makaroni hingga tomato puree menjadi kering.
  • Bila dah siap hias daun sup, daun bawang dan cili besar di atasnya..

Thursday, March 24, 2011

Sepanjang Permulaan Bersama Herbalife

Bismillah..


16 Mac 2011

"Start" menggunakan herbalife. Untuk percubaan aku hanya ambil 2 botol "Formula 1" dan 2 botol (50g) ''Tea Mix" untuk 3 orang.. heheheh.. Untuk pengetahuan semua, jika amik "Formula 1" untuk 3 orang ianya hanya bertahan seminggu sahaja. Hari Pertama aku minum "Tea Mix" aku mula merasa pitam. Tapi buat-buat tak tahu sahaja. Hari tu aku jadi sangat bertenaga. Balik sahaja dari kerja aku boleh terus masak kek lapis asam manis. Tak rasa penat langsung. Kebiasaanya bila balik sahaja dari kerja aku trus "flat". Tak boleh nak wat apa pun kerja sebab terlalu penat. Bila selesai je wat kek lapis asam manis, badan aku dah start letih.. malam tu selepas minum F1 aku terus tidur.


17 Mac 2011

Badan aku jadi sangat-sangat letih tak bertenaga langsung. Jerawat kecil-kecil di muka aku makin bertambah-tambah dan menjadikan muka aku semakin kesat. Aku makan seperti biasa tak diet sikit pun cuma, selera makan aku bertambah. Pelik! Aku agak risau. Mak pulak dah start demam-demam tak boleh bangun langsung. Angah (kakak aku) badan die pun dah start letih yang amat. Aku tanyakan pada Rahmah tentang hal itu. Rahmah kata permulaannya memang macam tu. Lain orang lain caranya toksin tu dikeluarkan.


18 Mac 2011

Resdung aku semakin teruk. pergi kerja muka aku gatal-gatal. Sepanjang atas motor tangan aku asyik garu muka. Badan aku pula masih terasa keletihan. Demam mak semakin kebah. Angah pulak seluruh badan dia habis gatal-gatal disebabkan eczima. Ditambah pula dengan badan die yang menjadi-jadi letihnya. Dia melahirkan kebimbangannya tentang badannya yang asyik letih kerana mempunyai perlawanan badminton  untuk keesokkan harinya.


19 Mac 2011

Resdung aku makin sama teruk nya. Muka aku dah tak gatal-gatal. Tapi badan aku mulai tumbuh bintik-bintik merah seperti jerawat. Demam mak dah baik sepenuhnya. Aku dapat berita gembira dari angah. Team die jadi naib juara dalam perlawanan badminton antara kakitangan Jabatan Ukur. Tahniah angah! Walaupon badan masih berasa letih tapi masih boleh bermain dengan baik. Eczima yang angah alami masih teruk. Habis seluruh badan menjadi gatal-gatal.


20 Mac 2011

Muka aku dh mula ada shape. Kalo dulu muka aku tembam. hehe. Bos aku siap perli-perli. (Dulu masa "you" baru masuk kerja "I" tengok "You" kurus je. Tapi sekarang dah makin gemuk.) Mulut bos aku memang selalu takde insurans. Huh! Akan ku buktikan suatu hari nanti. ekekekeke. Pergi majlis pertunangan member rapat iaitu azira. dan jumpa kawan-kawan rapat juga. Ada yang tegur aku nampak cm kurus sebab muka aku tak tembam. hehehe.. suka sangat. Selepas amik F1 untuk malam, tekak aku tiba-tiba menjadi gatal dan sakit-sakit. Angah dah mula tak boleh tidur malam sebab kegatalan yang melampau. Mak pulak dari pinggang hingga lutut dah mula terasa berdenyut-denyut.


21 mac 2011

Berat badan aku dah mulai susut 1 kg. Hehe 1 permulaan yang baik. Aku dah mulai demam panas ditambah pula dengan selsema. Dan disebabkan itu aku amik "mc". Mak pula dah turun sebanyak 2 kg. Wahh.. sangat membanggakan. aku terasa jeles. haha.. Angah masih lagi dengan eczima die yang teruk.


22 Mac 2011

Aku kembali bekerja. Demam panas aku semakin teruk, sekarang dan bertambah pula satu penyakit lagi iaitu batuk. Aku semakin takut jika batuk dan selsema ini berlarutan penyakit aku yang satu lagi pasti akan hadir juga iaitu "asthma". Balik sahaja dari kerja aku terus tidur. Memang dah tak larat sangat-sangat. Mak dan Angah masih macam hari-hari yang lepas.


23 Mac 2011

Aku mendapat asthma yang teruk. Aku bertanya pada Rahmah, boleh ke jika aku makan ubat. Rahmah bagitahu dia tak galakkan sebab sakit aku disebabkan pembuangan toksin. Kalau dah tak larat sangat, baru la makan ubat. Aku takut perkara lain pula yang berlaku jika aku campur pengambilan herbalife dengan ubat. Jadi aku research. (maaf aku tak dapat sertakan link tu. sebab dah hilang). Di blog itu beritahu, jika seseorang itu baru mengamalkan herbalife, jika dia menghadapi penyakit kronik yang boleh membahayakan dirinya, dia masih boleh mengambil ubat-ubatan itu bersama herbalife. Disebabkan itu aku yakin untuk mengambil ubat asthma. Pagi tu aku dah pergi ke klinik untuk mendapatkan gas. Dan sejurus itu berjumpa doktor. Boleh dikatakan doktor itu benar-benar makan gaji buta. Mana taknya, untuk pertama kalinya aku jumpa doktor, sebaik sahaja aku amik gas mereka akan check aku terus. Doktor yang aku jumpa ni, betol-betol pemalas. Check aku pun tak. Hanya semata-mata tulis nama ubat untuk aku makan. Balik dari klinik dan makan ubat, kesihatan aku makin teruk. Asthma aku bukannya berkurang tetapi semakin menjadi-jadi. Dalam hati aku mungkin ubat yang doktor bagi pagi tu tak sesuai untuk diri aku. aku berusaha minum air sebanyak mungkin untuk mengeluarkannya dari badan aku kembali. Tiba-tiba perut aku menjadi kembung, Air yang aku minum tak keluar sebanyak mana yang aku minum. Asthma aku menjadi-jadi. Lantas aku minta Abah untuk bawa aku ke hospital bahagian emergency pula. Di situ aku ditempatkan dibahagian asthma dan diberikan perhatian oleh pembantu doktor. Kali pertama diberikan gas dan setengah jam berehat seketika, pembantu doktor kembali check melihat tahap asthma aku. Aku terpaksa diberikan sekali lagi gas kerana saluran pernafasan aku masih tersumbat. Setelah kali kedua aku mendapatkan gas, baru la aku berasa lega. Bila berjumpa doktor, aku ada mengadu aku pergi ke klinik pagi tadi sebelum ke hospital. dan doktor disitu telah berikan aku ubat tanpa sebarang pemeriksaan keatas diri aku. Disebabkan itu doktor meminta aku jangan makan ubat yang doktor di klinik beri aku. Dan mereka akn bekalkan ubat yang baru untuk aku. Owh ya sebelum itu doktor buat soal selidik tentang diri aku. Dia beritahu aku ada kemungkinan aku mendapat asthma disebabkan bulu kucing. Aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Aku tak berani beritahu yang aku makan produk herbalife. Dan kemungkinan punca aku sakit disebabkan pembuangan toksin dari produk ni. Sebab bagi aku bukan semua orang tahu dan mahu tahu tentang produk melainkan mereka dan mencubanya. Bercerita tentang mak dan angah. Sakit lutut mak makin menjadi-jadi. Dan Angah masih teruk dengan eczima.

Dan ini la yang berlaku sepanjang aku kena "asthma" . Saluran pernafasan menjadi semakin kecil disebabkan lendir-lendir seperti gambarajah disebelah kanan..


24 Mac 2011


Demam aku semakin kebah. Asthma aku semakin baik. Hari ini aku mulai kena cirit birit. Pada permulaan nya aku risau. Tiba-tiba tergerak hati aku untuk baca blog Duratul Kamilah tentang permulaan die dengan herbalife (http://dks-dks.blogspot.com/2010/11/minggu-kedua.html). Dia juga mengalami demam serta cirit birit. Dan rupanya memang semua orang akan mengalami demam dan cirit birit pada permulaan menggunakan produk herbalife tetapi terpulang pada badan mereka juga. Ada setengah orang akan mengalami kesan dengan cepat. Ada setengah dah 3 bulan minum baru demam. Alhadulillah aku, mak dan angah cepat mengalami kesannya.

Aku Dan Herbalife (ii)

Bismillah....

Herbalife.. Bagaimana aku boleh tertarik untuk menggunakan produk ni?

Pada mulanya aku membuat perancangan untuk pergi bercuti dengan "family" aku di jogjakarta tahun depan. Setelah berbincang dengan semua orang, bila semua telah bersetuju aku terus tempah tiket penerbangan untuk kesana.. Mak aku sering merungut kaki dia sakit takut dia tak mampu nak berjalan-jalan dan bergembira kat sana. Aku sebagai anak, mula lah berasa tersentuh. Sebenarnya dah lama sangat aku merancang untuk membawa kedua ibu bapa aku bercuti. Sebab sepanjang mereka membesarkan kami adik beradik, mereka tak mempunyai kesempatan untuk melakukan semua tu. Mana taknya, mak hanya sebagai tukang jahit manakala abah pula hanya sebagai pekerja kilang. Bila setiap kali mak bgtau die teringin nak pergi ke sesuatu tempat setiap kali melihat rancangan di televisyen dan dengar cerita orang, aku selalu semat di dalam hati aku, aku akan bawa kedua ibu bapa aku ke setiap tempat yang mereka ingin kan bila aku dah bekerja..

Ok, berbalik pada bagaimana aku tertarik untuk menggunakan produk herbalife ini. Aku punyai resdung yang teruk, asthma serta eczima. Kakak aku aku pula punyai penyakit eczima yang terlalu teruk manakala mak aku pula menghadapi masalah buncit, asthma dan juga sakit sendi yang teruk. Setiap malam aku selalu fikir, ada ke ubat yang boleh sembuh kan semua peyakit tu? Kalo ada kan bagus. Suatu hari kawan sepejabat aku sebut tentang herbalife. Aku pun mula la bertanya, "herbalife tu apa?". Kawan aku pulak jawab "herbalife tu lebih kurang produk yang boleh melangsingkan badan." Aku bertanya lagi. "Semata-mata itu je?" Kawan aku jawab lagi "adalah produk dia yang lain lagi, aku pun tak pasti" "owhhhhhh" tu je yang aku jawab. saat tu tak ada perasaan minat pun untuk mengambil tahu lebih lanjut mengenai produk tu.


Selang dua hari, rakan aku yang bernama Ain, post kan blog seseorang dekat facebook. Hati aku saat itu tetiba terdetik untuk melihatnya.









Selepas baca sahaja artikel itu aku terus "search" tentang produk yang bernama Herbalife ini. Hampir semua orang tanya aku, kenapa pilih Rahmah yang sekarang ini jadi coach aku. Setiap kali ditanya aku mesti senyum dahulu sebab aku sendiri tak tau nak bagi jawapan apa untuk soalan tu. Sebenar aku pun tak tau kenapa aku pilih Rahmah sedangkan Qurratu Ain adalah kawan aku.

Cerita sebenarnya adalah begini. Aku seseorang yang "excited" untuk mengetahui sesuatu perkara lebih dalam. Kalau aku kata, aku nak tahu hari tu, hari tu juga la aku nak tahu. Kalau aku tak dapat apa yang aku nak tahu, aku akan cari jalan macam mana sekalipon untuk tahu tentang apa yang aku nak. Masa hati aku terdetik untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk ni, aku ada terfikir untuk bertanya pada ain. Masa tu dah pukul 11.00 malam. Dan aku tak tau jam di Jordan pukul berapa. Jadi aku terus meseg Rahmah di email tentang produk tu. Dan aku tak sangka Rahmah boleh "reply" saat itu juga. Aku bertanya setiap persoalan yang bermain di minda aku. Rahmah jawab dengan serba ringkas nya. Disebabkan terlalu banyak pertanyaan Rahmah ajak berjumpa, dia kata lagi senang dia nak terangkan semua benda bila berjumpa. Hehe itu adalah kelemahan aku. Aku tak suka berjumpa dengan mana-mana pengedar jualan sebenarnya. Kerana adakalanya mereka akan memujuk sedaya upaya atau lebih kurang memaksa untuk sertai produk tu. Lagi satu aku akan rasa serba salah dahla orang tu datang semata-mata nak jumpa aku tapi aku pulak tak beli langsung produk dia.

Sebelum aku bersetuju untuk berumpa Rahmah aku tanya habis-habis tentang Herbalife hingga aku rasa yakin. Walaupon dah tetapkan hari untuk berjumpa aku masih tak berpuas hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Herbalife. Jadi aku "research" sendiri. Habis aku taip semua perkataan kat google tentang herbalife. Aku baca tentang semua produk dalam herbalife, fungsi setiap produk dan akhir skali aku baca setiap testimoni orang yang aku jumpa dalam setiap blog. Bila dah berpuas hati baru la aku yakin untuk berjumpa Rahmah dan terangkan tentang Herbalife pada ahli keluarga aku..

saat itu hingga kini bermula lah hidup aku dengan herbalife..
sekian,

Thursday, March 17, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Sunday, March 13, 2011

Aku Dan Herbalife (i)

Hari ni bermula la hidup aku dengan dengan dunia herbalife. "1st time" pergi event herbalife yang dikenali sebagai "Mega Hom". Bila pergi kesana dan bila melihat ramai orang-orang yang berjaya semakin membuatkan semangat aku berkobar-kobar untuk berjaya. InsyaAllah.. Allah permudahkan urusan aku. Dan aku juga tak sabar-sabar nak menggunakan produk dari herbalife ni.

Sebelum aku pergi ke "event" ni dan buat keputusan untuk mencuba produk herbalife ni, aku dah buat "research" tentang produk ni dari awal lagi. Bila dah buat reserach dan tengok testimoni pengguna yang dah menggunakan produk ni baru aku yakin untuk meneruskan niat untuk menceburi bussiness herbalife ni serta menggunakan produk ni.



Herbalife ni adalah produk kesihatan dimana  produk-produknya terdiri daripada nutrisi dan penjagaan diri yang terbaik di dunia. Produk Herbalife ini diformulasikan hanya dari tumbuh-tumbuhan terbaik dan bahan-bahan alami yang lain. Dan garis Herbalife penjagaan peribadi mewakili negara baru seni dalam industri kecantikan bernilai 200-bilion. Herbalife adalah yang terbaik kerana membantu orang merasa dan melihat yang terbaik


Herbalife membantu menyembuhkan penyakit seperti, kencing manis, darah tinggi, asthma, eczima, resdung, dan mampu memulihkan wajah yang pucat dan kusam menjadi lebih bersinar. Kebanyakkan testimoni yang aku "research" yang dah punyai pengalaman menggunakn herbalife ini, mereka telah mengalami perubahan selepas menggunakannya. Produk ini juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Jadi ibu-ibu mengandung jangan takut atau was-was menggunakan produk herbalife ini. Kalau nak tau produk herbalife ini juga boleh mengurangkan berat badan bagi sesiapa yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Jadi tunggu apa lagi bagi sesapa yang ingin mempunyai bentuk badan yang menarik.


Ini adalah Salah satu daripada Produk Herbalife
Okay, aku akan terangkan serba sedikit mengenai produk ini. Botol yang paling tinggi tu namanya Formula 1. Yang tengah-tengah tu adalah Formula 3 dan yang paling hujung botol kecil tu adalah Tea Mix. Formula 1 ni mempunyai 5 perasa iaitu Vanila, Coklat, Strawberi, Cappucino dan juga Perasa Buah-buahan. Manakala Tea Mix pula mempunya dua perasa yang terdiri daripada perasa Buah Peach dan juga Bunga Raya.  


Fungsi Formula 1 adalah

*Nutrisi seharian yang seimbang
*Memberi rasa kenyang dan tenaga
*90-250 kalori setiap hidangan
*Mengandungi semua 55 vitamin dan mineral dan acid amino
*Kaya dengan fiber (serabut)

 Fungsi Formula 3 adalah

*Mengandungi 5gram protein dalam setiap satu sudu
*Mengelak rasa lapar
*Mengandungi sistina, metionina untuk menguatkan otot
*Menambah tahap metabolisma
*Mengurangkan berat badan lebih cepat

Fungsi Tea Mix adalah

*Menambahkan tahap metabolisma untuk pembakaran kalori dan lemak lebih cepat
*Menambahkan tenaga
*Mengurangkan selera makan
*Antioksida yang amat berkesan
*Detoxsifikasi secara semula jadi

Antara mereka yang dah berjaya melakukan perubahan selepas menggunakan produk ini adalah Rahmah Razak. Okay bercerita tentang rahmah razak, die adalah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke dunia herbalife ni. Die dahulu mempunyai masalah resdung, kulit kusam, cepat penat, jerawat, dan angin dalam bdan. Setelah menggunakan Herbalife segala-segala yang dia alami dulu telah pun hilang.

Gambar yang bawah tu adalah dia yang dahulu dan sekarang. Manakal gambar yang atas tu adalah gambar ibunya. Telah mengalami penyusutan berat badan selepas menggunakannya.


Ini pulak testimoni daripada suami kawan saya Ain,


Hebat kan kesan dia. Hmm... lepas ini tunggu testimoni dari aku pulak... heeee 

Saturday, March 12, 2011

Kerja! Kerja! Kerja!

Bismillah...

Minggu ni aku agak sibuk juga la kan. Kerja tiba-tiba nak cepat. Sampai tak ada masa nak berehat. Yang buatkan aku gembira sangat dalam minggu ni, aku lulus dalam ujian yang bos aku beri iaitu buat "architectural drawing". sepatutnya "drawing" tu nak lambat lagi. Alkisahnya.. project manager McDonald tiba-tiba sahaja bagitau bos aku die nak cepat untuk projek yang aku pegang tu. Memang terkejut aku. Mana tak nya aku belum pernah lagi buat "architectural drawing with specification".

       "Bos : Nazira u boleh buatkan dalam masa 2 hari ni? 1 hari u buat, 1 hari lagi i check"
       "Aku : Gulp Gulp (sambil telan liur), boleh................ (sengeh hingga nampak gigi taring)"
Aku lupa nak bagitau, aku bekerja sebagai designer McDonald. Kiranya syarikat yang aku kerja sekarang adalah di bawah McDonald. McDonald ada 2 consultant ID mereka. Syarikat aku "design" McD start dari KL  hingga ke Daerah Selatan serta Sabah, Sarawak juga Brunei. Seronok sangat bekerja dengan syarikat sekarang. Terlalu banyak yang aku pelajari. Bos aku sangat sporting dan tak pernah kedekut ilmu. Kadang-kadang bos dengan staff berbual macam kawan. Bila orang yang tak biasa tengok kami berbual n makan bersama hampir setiap hari, orang pasti akan tanya, "itu ke bos??" dan kitorang pulak hanya tersengih je la sambil menjawab "aa"

Oh. Berbalik pada ujian yang bos aku bagi. Malam isnin tu, aku tidur lambat, hanya semata-mata untuk "study" "architecture" bangunan tersebut. Dekat 3 jam juga la untuk aku fahamkan. Aku "study" lebih awal bukan sebab apa, cuma aku tak nak pagi selasa tu aku terkial-kial nak buat. Dah la tak paham satu apa pun "specification" die. Aku "study" sambil "blogging" juga. ahahah.. Bukan apa aku nak elakkan dari mengantuk dan bosan sebab tak faham satu benda, Akhirnya masuk jam yang ke 3 aku study tentang "architecture" tu baru la aku faham..  Eheheh senang rupa-rupanya nak buat.

Besok paginya aku dengan senang lenangnya buat kerja. Ingat kan aku dah boleh siapkan awal san boleh la relax. Tiba-tiba bos aku bgtau die nak aku buatkan juga "Roof plan" atau lain katanya plan bumbung serta "section" (keratan rentas) bangunan tu.. Tercangak-cangak jugak la sekejap. heheh
       "Bos : Nazira u buatkan sekali ye "roof plan and section" die
       "Aku : haaa... oooo... section pun kena juga ke?
       "Bos : aa, sebenarnya elevation tu just 2 je pon dah ok. Sebab i dah janji nak bagi kat Majlis 2  elevation and 2 section.
       "Aku : oo okay okay.. [Dalam ati : hebatnya aku buat sampai 4 elevation.. heheh] bangga sekejap. ahaha
Dan kerja tu aku siapkan hari tu juga. Balik dari pejabat pukul 9 malam. Pukul 9.30 malam sampai rumah. Kemudian tidur sekejap. Pukul 2 pagi aku bangun terus sambung buat keje sampai pukul 6 pagi. Memang sangat-sangat penat. Tapi pagi tu aku dah siap sediakan air nescafe mocha supaya hilang mengantuk dan penat..

sekian,,

Thursday, March 03, 2011

Perginya seorang blogger yang hebat..

Pagi ini tiba-tiba sahaja hati aku terdetik untuk membaca di ruangan Oh Media! mengenai salah seorang rakan mereka punya sahabat telah kembali ke rahmatullah semalam. Oh Media! telah sertakan blog sahabat yang telah pergi ke rahmatullah itu. Semasa kujungan aku ke blog itu http://nafastari.blogspot.com/  aku benar-benar kagum dengan penulisan nya. Sangat teliti dan membuatkan aku terleka ketika membacanya. Setiap entri di blognya serta penulisannya sangat tersusun rapi , gaya penyampaiannya membuatkan setiap ceritanya hidup. Dan ketika membacanya seolah aku berada di situ.

Saat itu membuatkan aku terfikir sejenak. Inilah penulisan yang aku cari-cari selama ini, yang akan aku jadikan sebagai salah satu model aku dalam menulis blog.
Buat Allahyarham Wan Ahmad Fadzil, semoga tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.
Kepada isterinya ( http://mawarnafastari.blogspot.com ), serta anak-anak  semoga tabah menghadapi setiap dugaan dari NYA.