Bismillah...
Minggu ni aku agak sibuk juga la kan. Kerja tiba-tiba nak cepat. Sampai tak ada masa nak berehat. Yang buatkan aku gembira sangat dalam minggu ni, aku lulus dalam ujian yang bos aku beri iaitu buat "architectural drawing". sepatutnya "drawing" tu nak lambat lagi. Alkisahnya.. project manager McDonald tiba-tiba sahaja bagitau bos aku die nak cepat untuk projek yang aku pegang tu. Memang terkejut aku. Mana tak nya aku belum pernah lagi buat "architectural drawing with specification".
"Bos : Nazira u boleh buatkan dalam masa 2 hari ni? 1 hari u buat, 1 hari lagi i check"
"Aku : Gulp Gulp (sambil telan liur), boleh................ (sengeh hingga nampak gigi taring)"
Aku lupa nak bagitau, aku bekerja sebagai designer McDonald. Kiranya syarikat yang aku kerja sekarang adalah di bawah McDonald. McDonald ada 2 consultant ID mereka. Syarikat aku "design" McD start dari KL hingga ke Daerah Selatan serta Sabah, Sarawak juga Brunei. Seronok sangat bekerja dengan syarikat sekarang. Terlalu banyak yang aku pelajari. Bos aku sangat sporting dan tak pernah kedekut ilmu. Kadang-kadang bos dengan staff berbual macam kawan. Bila orang yang tak biasa tengok kami berbual n makan bersama hampir setiap hari, orang pasti akan tanya, "itu ke bos??" dan kitorang pulak hanya tersengih je la sambil menjawab "aa"
Oh. Berbalik pada ujian yang bos aku bagi. Malam isnin tu, aku tidur lambat, hanya semata-mata untuk "study" "architecture" bangunan tersebut. Dekat 3 jam juga la untuk aku fahamkan. Aku "study" lebih awal bukan sebab apa, cuma aku tak nak pagi selasa tu aku terkial-kial nak buat. Dah la tak paham satu apa pun "specification" die. Aku "study" sambil "blogging" juga. ahahah.. Bukan apa aku nak elakkan dari mengantuk dan bosan sebab tak faham satu benda, Akhirnya masuk jam yang ke 3 aku study tentang "architecture" tu baru la aku faham.. Eheheh senang rupa-rupanya nak buat.
Besok paginya aku dengan senang lenangnya buat kerja. Ingat kan aku dah boleh siapkan awal san boleh la relax. Tiba-tiba bos aku bgtau die nak aku buatkan juga "Roof plan" atau lain katanya plan bumbung serta "section" (keratan rentas) bangunan tu.. Tercangak-cangak jugak la sekejap. heheh
"Bos : Nazira u buatkan sekali ye "roof plan and section" die
"Aku : haaa... oooo... section pun kena juga ke?
"Bos : aa, sebenarnya elevation tu just 2 je pon dah ok. Sebab i dah janji nak bagi kat Majlis 2 elevation and 2 section.
"Aku : oo okay okay.. [Dalam ati : hebatnya aku buat sampai 4 elevation.. heheh] bangga sekejap. ahaha
Dan kerja tu aku siapkan hari tu juga. Balik dari pejabat pukul 9 malam. Pukul 9.30 malam sampai rumah. Kemudian tidur sekejap. Pukul 2 pagi aku bangun terus sambung buat keje sampai pukul 6 pagi. Memang sangat-sangat penat. Tapi pagi tu aku dah siap sediakan air nescafe mocha supaya hilang mengantuk dan penat..
sekian,,
Saturday, March 12, 2011
Kerja! Kerja! Kerja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment