Assalamualaikum..
Macam pelik je topik aku kali ni. Korang pernah ke ditujukan persoalan seperti diatas? Aku sering kali dikatakan tak punyai perasaan disebabkan aku jarang menunjukkan reaksi marah, sedih atau malu sekalipun. Ahahaha.. Pelik ke orang macam aku? Aku tak suka orang nampak aku sedih. Cukup la orang hanya tau aku gembira dan senyum sepanjang masa. Aku tak suka marah-marah. Sebab aku rasa sangat penat bila marah. Tapi sebenarnya masa aku di zaman sekolah aku mudah marah dan pamerkan kemarahan aku. Bila aku marah tangan aku cepat naik. Jika perempuan lain selalu beri penampar tapi aku terus bagi penumbuk
Someone pernah ajar aku, jika aku nak menjadi seorang yang berjaya belajarlah setiap kelebihan yang ada pada musuh aku. Dan aku makin boleh kawal emosi aku pun disebabkan oleh orang yang aku tak suka. Jika korang nak tau semakin korang tunjukkan kemarahan korang bila berdepan dengan orang-orang yang memang suka menyakitkan hati orang, diorang lagi bertambah gembira bila korang rasa marah or tunjukkan kemarahan tu. Dan orang yang macam ni tak pernah puas dan takkan berhenti untuk sakitkan hati korang. Jadi bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni korang hanya perlu diam or senyum balik je. Disebabkan itu aku teramat sangat berterima kasih pada orang yang boleh membuatkan aku sampai tahap begini. Bukan senang tau nak kawal emosi. Hehe..
Korang pernah dengar or terbaca dari mana2 buku motivasi tak tentang "jika anda terjatuh yang menyebabkan anda terasa malu, gelak la pada diri sendiri dahulu supaya anda tidak terlalu memikirkannya"
Aku pernah terbaca artikel ni dalam majalah Remaja masa aku sekolah dulu. Start dari situ aku mula belajar menjadi seorang yang positif. Bila aku jatuh aku dah jarang nak fikirkan sangat. Bila korang berdepan dengan situasi yang memalukan korang kena ingat 1 je, semua orang PERNAH alami dan tak ada seorang pun terkecuali dan untuk menghilangkan rasa malu tu gelak la pada diri sendiri dulu sebelum orang lain gelakkan korang. Disebabkan itu jugala jika korang terlihat orang lain terjatuh ke dan yang sekutu dengannya, jangan la ketawakan orang sebab korang juga akan alaminya selepas itu.
Thursday, June 16, 2011
Tak Ada Perasaan Ke Dia Ni???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment