~monolog suatu malam~
Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…
Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…
Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®
Monday, June 27, 2011
Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi
Posted by Siti Nazira at 11:34 PM 0 comments
Labels: Life
Hujan Di Pagi Hari
Assalamualaikum,
Pagi tadi hujan lebat sewaktu aku ke tempat kerja. Disebabkan waktu aku keluar rumah hujan tak turun dan aku fikir hujan baru sahaja berhenti aku terlintas lansung untuk pakai baju hujan. Sampai sahaja di area Bandar Sri Damansara, hujan mencurah-curah turun. Bila aku dah sampai kat traffic light untuk menuju ke LDP aku terus mencapai baju hujan. Tak sempat aku nak zip lampu isyarat dah warna hijau. Lintang pukang aku. Disebabkan waktu tu aku jadi kelam kabut, seluruh badan aku menggigil secara tiba-tiba hingga membuatkan tumpuan aku hilang. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Semakin hampir dengan Tol Penchala Link hujan semakin lebat. Seluar aku jangan cerita la, Dah basah kuyup. Nak tak nak aku terpaksa berhenti bawah jambatan untuk pakai baju hujan secara "properly". Tiba di Area Bandar Utama hujan lebat hingga tak nampak jalan. Alhamdulillah selamat juga aku sampai ke pejabat. Hari ni mood aku betol-betol hilang dengan seluar yang lenjun. Sejuk tak tau nak cakap di tambah pulak duduk di bawah air-cond. Dah tak tahan sangat aku terpaksa tukar seluar aku dan pakai kain batik. Itu je yang aku ada. eheheh. Nasib Muis tak datang hari ni. Kalo tak, buntang mata dia disebabkan keseksian aku. wakakaka...
Yang paling tak boleh bla, bila perut aku dah mula memulas nak tak nak terpaksa la sarung kan balik seluar Jeans aku. Habis je buang hajat, tengok kiri kanan, tak ada orang aku apa lagi... bermula la aktiviti mengeringkan seluar di bawah "hand dryer". terkangkang-kangkang aku dibuatnya. "Speechless!" wahahahah
Posted by Siti Nazira at 10:55 PM 0 comments
Labels: Life
Saturday, June 18, 2011
Bila Drawing Plan Bertukar Lagi...
Assalamualaikum
Posted by Siti Nazira at 2:17 AM 0 comments
Labels: Life
Thursday, June 16, 2011
Tak Ada Perasaan Ke Dia Ni???
Assalamualaikum..
Macam pelik je topik aku kali ni. Korang pernah ke ditujukan persoalan seperti diatas? Aku sering kali dikatakan tak punyai perasaan disebabkan aku jarang menunjukkan reaksi marah, sedih atau malu sekalipun. Ahahaha.. Pelik ke orang macam aku? Aku tak suka orang nampak aku sedih. Cukup la orang hanya tau aku gembira dan senyum sepanjang masa. Aku tak suka marah-marah. Sebab aku rasa sangat penat bila marah. Tapi sebenarnya masa aku di zaman sekolah aku mudah marah dan pamerkan kemarahan aku. Bila aku marah tangan aku cepat naik. Jika perempuan lain selalu beri penampar tapi aku terus bagi penumbuk
Someone pernah ajar aku, jika aku nak menjadi seorang yang berjaya belajarlah setiap kelebihan yang ada pada musuh aku. Dan aku makin boleh kawal emosi aku pun disebabkan oleh orang yang aku tak suka. Jika korang nak tau semakin korang tunjukkan kemarahan korang bila berdepan dengan orang-orang yang memang suka menyakitkan hati orang, diorang lagi bertambah gembira bila korang rasa marah or tunjukkan kemarahan tu. Dan orang yang macam ni tak pernah puas dan takkan berhenti untuk sakitkan hati korang. Jadi bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni korang hanya perlu diam or senyum balik je. Disebabkan itu aku teramat sangat berterima kasih pada orang yang boleh membuatkan aku sampai tahap begini. Bukan senang tau nak kawal emosi. Hehe..
Korang pernah dengar or terbaca dari mana2 buku motivasi tak tentang "jika anda terjatuh yang menyebabkan anda terasa malu, gelak la pada diri sendiri dahulu supaya anda tidak terlalu memikirkannya"
Aku pernah terbaca artikel ni dalam majalah Remaja masa aku sekolah dulu. Start dari situ aku mula belajar menjadi seorang yang positif. Bila aku jatuh aku dah jarang nak fikirkan sangat. Bila korang berdepan dengan situasi yang memalukan korang kena ingat 1 je, semua orang PERNAH alami dan tak ada seorang pun terkecuali dan untuk menghilangkan rasa malu tu gelak la pada diri sendiri dulu sebelum orang lain gelakkan korang. Disebabkan itu jugala jika korang terlihat orang lain terjatuh ke dan yang sekutu dengannya, jangan la ketawakan orang sebab korang juga akan alaminya selepas itu.
Posted by Siti Nazira at 1:55 AM 0 comments
Labels: Life
Berita Gembira
Hari ni dapat berita gembira dari bos tentang kenaikan gaji aku dan bonus. Alhamdulillah rezeki murah tahun ni. Ingat lagi zaman belajar di Universiti, aku bukan la dikategori sebagai pelajar yang pandai. Pointer pun rendah je sampai ada yang mengatakan jika pointer aku rendah macam ni, orang susah nak amik aku untuk bekerja. Masa tu hanya mampu senyum kelat je la. Masa zaman belajar dugaannya punya la bermacam2. Berapa kali aku repeat untuk subject design. Dengan tak tidur nya, dengan pressure nya jangan cakap la. Dengan masalah cinta lagi. kuikuikui.. Tapi pape pun pelajaran aku merundum bukan la sebab cinta tapi sebab diri aku sendiri. Agak payah kot "course" ni. Sebab tu aku nak sambung Degree pk 10 kali.. ahahahha.. Tak rugi aku bersabar dan tak pernah "give up" untuk belajar sampai ke akhir walaupun terpaksa amik masa hingga 4 tahun. Orang lain 3 tahun aku je sampai 4 tahun sebab tu dapat advance sikit.
hehe..
*Bersabarlah dengan setiap dugaan yang Allah beri. Kerana setiap kesabaran itu akan ada ganjarannya. Dan itulah janji Allah pada hamba-hambanya yang bersabar*
Posted by Siti Nazira at 12:47 AM 0 comments
Labels: Life
Saturday, June 04, 2011
Makanan Dan Kesihatan
Bismillah...
Okie pepagi ni tetiba terdetik la pulak nak share tentang kesihatan. 2 bulan lepas aku ada pergi seminar tentang kesihatan.. Mesti korang cakap "uishh bagusnya budak ni"
Makanan sama seperti api. Pada mulanya akan jadi sahabat kita tapi akhirnya akan memakan diri kita jika kita tak mengawalnya. Korang bayangkan jika korang tak jaga pemakanan dari sekarang, macam mana keadaan korang 5 atau 10 tahun akan datang? Sihat lagi ke korang? Masih boleh berjalan, bergembira, atau makan-makanan yang enak?? Tanya diri korang sendiri. Itu la yang aku fikirkan.
Jika dulu aku selalu cakap dengan "Dia" setiap kali dia bagitau aku kawan-kawan dia cakap dia gemuk. Dan aku pasti akan bagitau aku tak pernah kisah siapa diri dia. Kalo dia gemuk sekalipun, biarla, sebab aku yang akan kahwin dengan dia bukan kawan-kawan dia. Bila sekarang baru aku tersedar yang aku dah buat kesilapan yang besar. Memang sangat-sangat tak normal jika dia berbadan besar. Dan aku seolah membiarkan dia punyai pelbagai lagi penyakit. Korang tau tak, kenapa tak normal jika seseorang itu berbadan besar? Sebab orang yang berbadan besar punyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis, kolestrol yang tinggi, strok dan pelbagai penyakit lagi yang kronik.
Jika awal-awal dulu, bila aku tegur "Dia" tentang penjagaan pemakanan "Dia" jadi marah dan kitorang pasti akan bertengkar kerana hal itu. "Dia" fikir aku tak boleh terima siapa diri "Dia" dan fikir jika aku berkahwin dengan "Dia" segala-galanya aku tak benarkan "Dia" makan. Sehinggakan aku fikir jika hubungan kami berakhir disebabkan teguran aku, aku terima. Aku fikir jika aku "give up" sekarang aku pasti akan menyesal jika suatu masa nanti dia sakit. Bagi aku cukup apa yang aku lalui bila melihat mak aku jatuh sakit dan aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan hanya melihat. Akhirnya die berfikiran positif dan terima nasihat aku.
Jika korang sayangkan insan-insan yang berada di sisi korang, jagala pemakanan diorang dari awal. Korang mampu ubah segala-galanya. Ini bukanla bermakna korang tak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Korang juz perlu kawal sahaja, dengan minum air masak banyak, kurangkan makan malam dan kurangkan makan-makanan yang tak elok untuk tubuh. Hobi aku adalah memasak. Mustahil la kan bila aku kata aku berusaha jaga pemakanan orang-orang yang aku sayang, aku makan pun "just vegetarian". Aku tetap masak cuma aku limit kan. mungkin sebulan 2 kali sebegitu la.
Posted by Siti Nazira at 11:37 AM 0 comments
Labels: Life