BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 06, 2012

Aku Adalah Diriku

Diamku bukan bermakna
Ku tak mengerti
Senyumku tidak menggambarkan
Apa yang tersirat dihati
Ketawaku bukan bermakna
Tiada yang pahit dihati

Hari-hariku dalam duniaku sendiri
Ditenggelami emosi
Kata sindiran hanya lirikan yang kuberi
Diberi gelaran tiada emosi
Tapi bukan itu yang ku ingini


Aku adalah diriku
Yang Pentingkan kedamaian di hati


Thursday, November 01, 2012

Pada Suatu Saat

Pada suatu saat ...
Akan ada yang hilang
Ketika angin dan hujan tak lagi dapat beriringan
Dan hati tak bisa lagi dipersatukan
Tapi akan ada yang tertinggal
Sebuah kenangan yang tersimpan
Di lubuk hati yang terdalam

Pada suatu saat ...
Akan ada yang terbang
Ketika malam tak lagi dapat bersatu dengan bintang
Dan ada yang tak bisa dipertahankan
Tapi akan ada yang mengendap
Tersimpan di dasar hati selamanya

Pada suatu saat ...
Akan ada yang meredup dan pudar
Ketika hujan turun perlahan-lahan
Sebuah kenangan
Lebih pantas untuk jadi kenangan
Tak perlu dusik kembali.

(By Asti)

Tuesday, October 30, 2012

Monolog Hati

Sabar itu indah Nazira
Pasti akan ada sesuatu kegembiraan
yang tak diduga dari kesabaran itu
< senyum >

Don't Disturb Us Again and Again!!

Satu ketika diberi peluang tapi tak pernah hargai
Satu ketika tak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi
Hingga setiap ugutan, setiap meseg setiap panggilan
terasa menyeronokkan tanpa fikir perasaan orang lain
Tanpa lihat salah sendiri
Tanpa rasa bersalah
Yang ada hanyala kepuasan diri
Bila gagal akan sesuatu mula menyalahkan orang lain
Hanya kerana merasakan diri hebat
Perlu peroleh setiap apa yang dihajati
Tanpa ada rasa sedikit kesal
Tanpa ada sedikit malu
Mungkin ada perasaan itu tapi nafsu mendahului segala-gala nya
Tanpa rasa jemu
Dengan perasaan angkuh dan riak
"Jangan bermain dengan api jika tak nak terbakar diri"
"Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan"
"Aku sangat bahagia di sini bersama dia"
Perlukah??
Tanya diri

Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat menyambut ramadhan kepada umat islam di setiap pelusuk dunia.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya kerana ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, inshaAllah. Hari ni genaplah 14 hari umat islam berpuasa. Bagaimana puasa kalian? Penuh kah? Setiap kali Bulan Ramadhan menjelma pasti pelbagai juadah yang akan kita temui.  Hmmm.. tahun ni aku kurangkan beli makanan di bazaar. Berjimat la katakan.. Aku lebih banyak masak sendiri. Kuih muih pulak setiap kali hujung minggu aku pasti akan buat kuih frozen. Lebih mudah untuk disediakan bila tiba hari bekerja.. Ok la, dah tiba masa untuk bersahur. InsyaAllah.. akan ada cerita2 yang lebih menarik selepas ini.. Daa~~


Monday, June 27, 2011

Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi

~monolog suatu malam~

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®

Hujan Di Pagi Hari

Assalamualaikum,

Pagi tadi hujan lebat sewaktu aku ke tempat kerja. Disebabkan waktu aku keluar rumah hujan tak turun dan aku fikir hujan baru sahaja berhenti aku terlintas lansung untuk pakai baju hujan. Sampai sahaja di area Bandar Sri Damansara, hujan mencurah-curah turun. Bila aku dah sampai kat traffic light untuk menuju ke LDP aku terus mencapai baju hujan. Tak sempat aku nak zip lampu isyarat dah warna hijau. Lintang pukang aku. Disebabkan waktu tu aku jadi kelam kabut, seluruh badan aku menggigil secara tiba-tiba hingga membuatkan tumpuan aku hilang. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Semakin hampir dengan Tol Penchala Link  hujan semakin lebat. Seluar aku jangan cerita la, Dah basah kuyup. Nak tak nak aku terpaksa berhenti bawah jambatan untuk pakai baju hujan secara "properly". Tiba di Area Bandar Utama hujan lebat hingga tak nampak jalan. Alhamdulillah selamat juga aku sampai ke pejabat. Hari ni mood aku betol-betol hilang dengan seluar yang lenjun. Sejuk tak tau nak cakap di tambah pulak duduk di bawah air-cond. Dah tak tahan sangat aku terpaksa tukar seluar aku dan pakai kain batik. Itu je yang aku ada. eheheh. Nasib Muis tak datang hari ni. Kalo tak, buntang mata dia disebabkan keseksian aku. wakakaka...

Yang paling tak boleh bla, bila perut aku dah mula memulas nak tak nak terpaksa la sarung kan balik seluar Jeans aku. Habis je buang hajat, tengok kiri kanan, tak ada orang aku apa lagi... bermula la aktiviti mengeringkan seluar di bawah "hand dryer". terkangkang-kangkang aku dibuatnya. "Speechless!" wahahahah

Saturday, June 18, 2011

Bila Drawing Plan Bertukar Lagi...

Assalamualaikum

Time-time cenggini aku terasa nak mengomel yang lebih kepada mengadu. Hmm, hari ni satu hari aku hanya buat 1 sahaja drawing. Sebab nak kena emailkan petang tadi juga. Bila dah siap rasa lega sangat. Itu pun masa balik masih rasa tak sedap hati dan asyik terfikir drawing. Disebabkan hari ni aku pergi HOM, jadi kelam kabut sedikit sebabnya aku sampai rumah pun dah pukul 7 lebih. Bila dah balik dari HOM, sampai umah pun dah lewat. Mula-mula tadi ingat kan nak tidur, tapi tak boleh lelap, aku pun saja-saja la buka email "office". Tengok2 "Drawing" plan kerja aku petang tadi berubah lagi..... Sedihnya.. kena ubah lagi. Elevation pun kena ubah juga..Dah tak tau nak cakap apa dah.




Thursday, June 16, 2011

Tak Ada Perasaan Ke Dia Ni???

Assalamualaikum..

Macam pelik je topik aku kali ni. Korang pernah ke ditujukan persoalan seperti diatas? Aku sering kali dikatakan tak punyai perasaan disebabkan aku jarang menunjukkan reaksi marah, sedih atau malu sekalipun. Ahahaha.. Pelik ke orang macam aku? Aku tak suka orang nampak aku sedih. Cukup la orang hanya tau aku gembira dan senyum sepanjang masa. Aku tak suka marah-marah. Sebab aku rasa sangat penat bila marah. Tapi sebenarnya masa aku di zaman sekolah aku mudah marah dan pamerkan kemarahan aku. Bila aku marah tangan aku cepat naik. Jika perempuan lain selalu beri penampar tapi aku terus bagi penumbuk dan aku mudah capai barang untuk baling orang tu jika jauh. Bila lama-lama aku terfikir bangga ke aku jika orang lihat aku marah or sakitkan hati orang lain? Sejak daripada tu aku berubah sedikit demi sedikit. Lama juga la aku amik masa. Tapi bila aku berubah tak tunjukkan kemarahan aku pada orang, aku lihat orang lain makin "respect" aku dan yang paling penting lelaki tak berani nak kacau aku sebab diorang kata aku nampak garang walaupun aku dah tak pernah marah-marah. Ahahaha best kan?

Someone pernah ajar aku, jika aku nak menjadi seorang yang berjaya belajarlah setiap kelebihan yang ada pada musuh aku. Dan aku makin boleh kawal emosi aku pun disebabkan oleh orang yang aku tak suka. Jika korang nak tau semakin korang tunjukkan kemarahan korang bila berdepan dengan orang-orang yang memang suka menyakitkan hati orang, diorang lagi bertambah gembira bila korang rasa marah or tunjukkan kemarahan tu. Dan orang yang macam ni tak pernah puas dan takkan berhenti untuk sakitkan hati korang. Jadi bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni korang hanya perlu diam or senyum balik je. Disebabkan itu aku teramat sangat berterima kasih pada orang yang boleh membuatkan aku sampai tahap begini. Bukan senang tau nak kawal emosi. Hehe..

Korang pernah dengar or terbaca dari mana2 buku motivasi tak tentang "jika anda terjatuh yang menyebabkan anda terasa malu, gelak la pada diri sendiri dahulu supaya anda tidak terlalu memikirkannya"
Aku pernah terbaca artikel ni dalam majalah Remaja masa aku sekolah dulu. Start dari situ aku mula belajar menjadi seorang yang positif. Bila aku jatuh aku dah jarang nak fikirkan sangat. Bila korang berdepan dengan situasi yang memalukan korang kena ingat 1 je, semua orang PERNAH alami dan tak ada seorang pun terkecuali dan untuk menghilangkan rasa malu tu gelak la pada diri sendiri dulu sebelum orang lain gelakkan korang. Disebabkan itu jugala jika korang terlihat orang lain terjatuh ke dan yang sekutu dengannya, jangan la ketawakan orang sebab korang juga akan alaminya selepas itu.

Berita Gembira


Hari ni dapat berita gembira dari bos tentang kenaikan gaji aku dan bonus. Alhamdulillah rezeki murah tahun ni. Ingat lagi zaman belajar di Universiti, aku bukan la dikategori sebagai pelajar yang pandai. Pointer pun rendah je sampai ada yang mengatakan jika pointer aku rendah macam ni, orang susah nak amik aku untuk bekerja. Masa tu hanya mampu senyum kelat je la. Masa zaman belajar dugaannya punya la bermacam2. Berapa kali aku repeat untuk subject design. Dengan tak tidur nya, dengan pressure nya jangan cakap la. Dengan masalah cinta lagi. kuikuikui.. Tapi pape pun pelajaran aku merundum bukan la sebab cinta tapi sebab diri aku sendiri. Agak payah kot "course" ni. Sebab tu aku nak sambung Degree pk 10 kali.. ahahahha.. Tak rugi aku bersabar dan tak pernah "give up" untuk belajar sampai ke akhir walaupun terpaksa amik masa hingga 4 tahun. Orang lain 3 tahun aku je sampai 4 tahun sebab tu dapat advance sikit.
hehe..




*Bersabarlah dengan setiap dugaan yang Allah beri. Kerana setiap kesabaran itu akan ada ganjarannya. Dan itulah janji Allah pada hamba-hambanya yang bersabar*